Saturday 31 December 2011

Input Teori Dan Falsafah Takaful


     Assalamualaikum dan salam muhasabah, salam sayang kepada semua pembaca.

     Dalam membincangkan hal- hal berkaitan kekeliruan antara takaful dan insurans, kita mesti mengenalpasti perbezaan yang ketara berlaku di dalam operasi sama ada ia berlandaskan syariah atau tidak.

      Di semester yang lepas saya telah mengambil satu subjek BPMS3023 Teori dan falsafah takaful yang dilecture oleh ustaz naim. Dan Alhamdulillah ia memberi input yang berguna kepada saya dalam membezakan takaful dan insurans konvensional. Dalam masyarakat kita, ramai menganggap bahawa insurans adalah sama dengan takaful. Hasil pembelajaran di semester lepas, maka dapatlah saya membuat satu huraian dan penjelasan tentang salah faham yang berlaku mengenai insurans.

Salah faham mengenai insurans.

      Ramai di kalangan masyarakat kita yang mempunyai pemahaman yang salah mengenai insurans, mereka menganggap insurans dan takaful adalah sama.

     Life insurans ialah suatu kontrak perniagaan daripada jenis kontrak pertukaran kewangan, ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang telah di persetujui di dalam kontrak bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ianya juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum. Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa akad insurans nyawa atau musibah merupakan akad yang fasid dan ianya adalah diharamkan. Di dalam persidangan Fatwa kali ke-16 yang bertarikh 15-16 ferbruari 1979 yang telah memutuskan bahawa insurans nyawa (life insurance) adalah haram kerana mengandungi tiga unsur iaitu riba, gharar (ketidakpastian) dan juga maisir (perjudian).

     Insurans menjalankan konsep jual beli. Di dalam islam, sesuatu perkara yang melibatkan muamalah jual beli ianya harus mengikut rukun jual beli tersebut, iaitu penjual dan pembeli, barang, sighah ijab dan Kabul. Hukum jual beli adalah halal dalam islam jika sempurna rukun-rukunnya, dan tiap-tiap rukun itu sempurna syaratnya. Namun, barang atau subject matter dalam life insurans adalah tidak wujud. Ini kerana di dalam kontrak akad insurans hanya mengandungi jaminan, manfaat kematian, syarat-syarat kontrak dan terma kontrak sahaja. Jelaslah disini, wujudnya unsur gharar atau ketidakpastian terhadap barang di dalam akad ini. Segala urusan jual beli insurans tidak dapat dipenuhi mengikut hukum yang ditetapkan syarak dan ianya adalah tidak sah.
     Ada juga di kalangan masyarakat kita yang tertanya-tanya, benarkah wujudnya riba dalam insurans?. Jawapannya ya, benar sekali. Ini kerana di dalam hal berkaitan muamalah, Nabi s.a.w telah menerangkan bahawa antara dua barang ribawi yang sama jenis, ia mestilah sama timbangannya, sama nilai dan ia mestilah diserahkan pada waktu berlakunya muamalah. Di dalam life insurans jelas menunjukkan wujudnya riba iaitu apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum yang terkena musibah. Dan bayaran itu dibayar dengan jumlah yang berbeza. Hal ini jelas bertentangan dengan dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: jangan kamu jual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan salah satu darinya di atas yang lain. (Al- Bukhari & Muslim). Selain itu juga, riba terjadi apabila berlakunya penangguhan bayaran antara dua barang ribawi. Di dalam insurans, penangguhan berlaku apabila pencarum terkena musibah dan pada masa itu barulah berlaku pembayaran pada jumlah tertentu.
     Kesimpulannya, life insurans adalah haram dan berbeza dengan takaful kerana ia tidak menepati tuntutan syarak serta ianya juga mengandungi unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi).

Wednesday 28 December 2011

Rintihan Hatiku




Rintihan Hatiku- mawaddah



Ya Allah, Ya Rabbi dengarlah tangisan hatiku
Hambamu yang hina ini
Terimalah taubatku hambaMu yang banyak bersalah ini
Ampunkan dosa-dosaku

Engkaulah yang Maha Pengasih
Engkaulah yang Maha Penyayang
Engkaulah yang Maha Pengampun
Engkaulah penerima taubat

Rintihanku dengarlah deritaku kerna dosaku
Pengaduanku terimalah, janganlah kecewakanku , permintaanku
Deritaku dengan dosa dan noda
Di atas perbuatanku yang telah terlanjur
Aku memohon dengan rahmatMu Tuhan
Ampunkan dosa-dosaku

Aku mengadu padaMu Tuhan
Engkau adalah tempat mengadu
Tiada siapa dapat mengampunkan
Kecuali Engkau wahai Tuhan

Aku telah menyesal
Di atas perbuatanku
Terimalah taubatku pimpinlah aku
Ku telah derita aku telah tersiksa
Jadikan ketakutanku mensyafaatkanku (di akhirat nanti)


Saturday 24 December 2011

insyaAllah


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insyaallah x3
Insya Allah we’ll find the way

Sunday 18 December 2011

Demi Dhuha


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “setiap sendi tulang seseorang menjelang pagi memerlukan sedekah. Untuk itu, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah dan setiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah kemungkaran adalah sedekah. semua perbuatan itu sama nilainya dengan dua rakaat solat duha” (Riwayat Abu Dzar)


Nikmat solat sunat duha.

1. Tidak termasuk dalam golongan yang lalai.
2. Seolah-olah seluruh anggota melakukan kebaikan.
3. Diperkenankan doa selepas solat sunat duha.
4. Dimurahkan rezeki.
5. Dipelihara oleh Allah.
6. Dihapuskan dosa.

DOA SELEPAS SOLAT SUNAT DHUHA
Maksudnya..
Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Hati yang Bersih dan Dikasihi Allah


Hati yang bersih ibarat nur yang memancar, dimiliki oleh insan
 yang benar-benar meletakkan Allah di hadapan,malaikat di kiri kanan dan matlamat Islam disekelilingnya..
Hati yang Allah paling kasihi ialah hati yang paling lembut terhadap saudaranya, paling bersih dalam keyakinannya dan paling cekal dalam beragama..
( saidina Ali )

Saturday 17 December 2011

Sabarlah Dengan Setiap Ujian Kerana.....



Ujian Itu Penghapus Dosa

Daripada Abu Said al- Khudri r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan, dan kesedihan malahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.”  
 (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Monday 5 December 2011

Terima Kasih Ya Ilahi




“merinduimu bukan satu penyiksaan bagiku, tapi adalah suatu ingatan berpanjangan padamu, dan membuatkan kasihku bertambah padamu..

Dalam kerinduan itu, ada ingatan yang tak pernah padam untukmu, ada rasa cinta yang semakin menyala pada kasihmu, ada doa yang mengiringimu, ada harapan yang tak pernah berhenti untuk sentiasa melakar kisah cinta ukhwah denganmu, ada sebuah kebahagian yang menghuni kamar hatiku..

Sahabatku, jangan ditanya mengapa aku memilihmu untuk menjadi sahabat sejatiku, kerana aku tiada jawapan untuk itu, jangan ditanya mengapa aku tak pernah jemu mencintaimu, kerana jawapannya terlalu sukar untuk dihuraikan bagiku, jangan ditanya berapa tinggi nilainya ukhwah yang terbina ini, kerana yang menentukannya hanyalah waktu...

Sesungguhnya hakikat pertemuan antara kita, adalah penentuan takdir oleh Dia. Tidak pernah ku rancang untuk persahabatan ini, tidak pernah ku bayangi akan terjalin ukhwah ini, namun inilah yang dikatakan takdir Ilahi. Semuanya datang tanpa disedari, tanpa kita ingini, tapi inilah yang telah tertulis dalam kehidupan kita bahawa ada jalinan ukhwah yang indah untuk kita syukuri..”
Terima kasih ya Ilahi..



Renungan


“janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Kerana bagi laki-laki dan perempuan- perempuan itu ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, mohonlah pada Allah sebahagian kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala sesuatu”
-Surah AN NISA:32

Hati Keras Membatu

Lima tanda hati keras membatu
"Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya
cinta dan benci,keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil,
ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika
kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber
bencana jika kita gemar menodainya.

Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati.
Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang
terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan. Terutama malas untuk melaksanakan ibadah,malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

 
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

 4. Kurang mengagungkan Allah Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
 
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat.
"Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).