Monday, 11 March 2013

Saat Cinta Memanggil




Ada ketika hatiku merintih pedih..
beratnya ujian yang harus aku lalui..
kenapa mesti aku yang harus melalui lorong-lorong ini..
disaat yang lain hidup bergembira di sana sini..
gelap, pekat, seakan sukar bernafas..
hati meronta sedih..seakan satu dunia mahu ku lemparkan kesakitan ini..
sepahit apakah ujian  tidak mampu aku jelaskan dengan kata-kata..

di sebalik tirai muhasabah.. aku mula tersedar...
DIA memanggilku...DIA menegurku..
DIA memanggilku untuk terus dekat denganNya...
DIA menegurku atas kealpaan hatiku dari mengingatiNya..
Walaupun lima kali sehari aku berjumpaNya..
Namun, ianya dengan hati yang kosong..lalai alpa dan leka...

Ya Allah..aku takut..
Aku takut ketika aku di uji dengan kelalaian dari mengingatiMU...
Menghadirkan diri dalam sembahyang tanpa hati..
Alangkah hinanya diriku ya Allah...

Tidak dapat aku gambarkan kehidupanku tanpaMu disisiku..
Aku tahu..Engkau sifatNya tidak Zalim..
tetapi kamilah yang telah menzalimi diri kami sendiri...
ighfirli zunubi ya Allah...ighfirli zunubi ya Allah...

Ya Allah..

Kurnialah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut namaMu, Hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah kurniakan kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar  mantap, cara hidup yang jitu dan unggul, selamatkan kami dari dari segala malapetaka.

AMIN YA ALLAH.

Rintihan 16 mei 2012

Wednesday, 6 March 2013

Cinta Luar Biasa




                                       
Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah..
Meninggalkan isteri di malam pernikahan..
Lantaran menyahut seruan jihad..
Akhirnya syahid di medan perjuangan..

Cinta luar biasa..
Seteguh kasih Khadijah..
Tak pernah jemu memberikan sokongan..
Rela mengorbankan segala kemewahan..
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..

Cinta luar biasa..
Kisah kesetiaan Abu Bakar..
Kasih seorang sahabat yang tiada tandingan..
Insan yang sentiasa membenarkan..
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..

Cinta luar biasa..
Kisah ketabahan Hajar..
Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air..
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

Cinta luar biasa..
Umpama keberanian Ali..
Di malam penghijrahan Nabi..
Menggantikan di tempat tidurnya..
Walaupun jiwa menjadi taruhan..

Cinta luar biasa..
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..
Iman di dada tak sedikit pun goyah..
Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..


Kisah cinta luar biasa..
Insan pilihan yang berada di atas jalanNya..
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..
Redha dan sabar menempuh segala ujian..
Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman..

Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa..??

Thursday, 8 November 2012

Cinta Utama




Subhanallah...

Alhamdulillah...

La ilahaillallah...

Allahu akbar...


“ Pada hari Kiamat, sudah tidak berguna lagi harta benda, anak-pinak kecuali orang yang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera ”
(Surah as-Syura, ayat 88-89)


Tuesday, 8 May 2012

Cintaku Selamanya.



Astaghfirullah..
Allah menegurku.
Aku mohon ampun kepada Allah atas segala dosa-dosaku sebelum ini dan akan datang. Dan aku mohon kemaafan kepada sekalian manusia atas kesalahan yang dilakukan secara sengaja atau tidak sengaja.

Ya Allah..maafkan aku atas segala kelalaianku mengingatiMu..ampunkan aku bila mana aku terlalu berharap kecintaan dunia melebihi kecintaanMu..sesungguhnya aku ini insan yang lemah dan hina. Aku mohon..biarlah kecintaanMu sentiasa menjadi keutamaan bagiku...jauhkanlah aku dari segala kehinaan cinta dunia yang sementara..

Ya Allah..aku mohon keampunanMu atas segala perbuatanku bila mana aku mengagungkan dunia dan pengharapanku untuk memiliki cinta insan melebihi pengharapanku untuk terus memiliki cintaMu. Ya Allah..aku mohon..dakaplah hatiku..peganglah hati ini agar sentiasa dekat denganMu..aku mohon agar airmataku ini jatuh berguguran di pipi hanya untuk terus merayu cintaMu..

Ya Allah ya Rabbi...andai sampai ajalku..aku mohon...Kau matikan aku dalam iman dan Islam...aku mohon..matikan aku bila mana hatiku berada dekat denganMu..aku ingin sentiasa dekat denganMu..jadikan kematianku suatu masa yang aku nantikan dengan penuh kegembiraan untuk bertemuMu dan kekasihMu...Jadikan aku hamba yang selalu dan akan selalu mendambakan cintaMu wahai PENCIPTAKU.....hingga akhir hayatku.

::Lidahku kelu bila membaca kalamMu (21:35) mataku segera kabur lalu berguguran mutiara jatuh dari pipiku dan hatiku sangat takut.. “AJAL MAUT JODOH PERTEMUAN DI TANGANMU YA ALLAH”

Wednesday, 4 April 2012

PHILO SOPHI CINTA




 Aku ingin mencintaimu dengan SEDERHANA seperti kata-kata yang tak sempat diucap oleh kayu api yang menjadi abu kerananya.

 Aku ingin mencintaimu dengan SEDERHANA seperti isyarat yang tak sempat awan berikan kepada hujan yang menjadikan ia tiada.

 Aku ingin mencintaimu dengan SEDERHANA seperti embun yang tak sempat mengucapkan pada pagi lalu menitis hilang ke daun keladi.

p/s: entry ini buat siapa yang mengerti..seni..halus tapi bukan makhluk halus.

VIRUS TEKA-TEKI CINTA


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sayang kepada semua tetamu blog saya yang macam cantik ni. Terkesan dengan forum yang bertajuk teka-teki cinta anjuran kelab nasyid UUM yang disampaikan oleh DR. AHMAD BASHIR AZIZ semalam, maka disini ingin saya berkongsi sedikit ilmu yang saya kaut menerusi forum tersebut.

HAKIKAT MAHABBAH

1.      Cinta Allah
2.    Cinta Rasulullah s.a.w
3.    Cinta diri
4.    Cinta ibu bapa
5.    Cinta masyarakat
  
NASIHAT CINTA
1.    Janganlah kau biarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan “si dia”.
2.    Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja, kelak mungkin “si dia” bukan jodoh untukmu.
3.    Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik “si dia”.
4.    Jika engkau mencintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-NYA.
5.    Kebahagian yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijab kabulkan.
6.    Jikalau engkau ingin pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi terbaik dahulu.
7.    Bina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8.    Bercintalah untuk mencapai cinta-NYA.
9.    Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu menguasai dirimu kerana cinta.

:: JIKA DI TIMPA KESEDIHAN DAN PENDERITAAN AKIBAT CINTA..INI DOANYA... “Ya Allah gantikanlah penderitaan ini dengan kebahagian dan gantikan penderitaan ini dengan sesuatu yang lebih baik..aminn ya rabbal a’lamin”...

Saturday, 24 March 2012

Cinta Perjuangan




“Enti menangis..?” “Untuk apa ana menangis, bukankah akh selalu pesan, jangan menangis kerana manusia.
”“Habis, mata enti berair?” “Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair.” Aku tersenyum.
Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan ‘masuk habuk’ yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
“Ana tahu enti menangis..”
“Tidak…!! Tak faham-faham ke?!”
 Dia tiba-tiba membentak.
 “Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama..”
 “Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap akh tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…”
 “Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?”
“Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah..”
 “Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?” Aku berfalsafah.
 Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
“Akh punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum..” Aku tidak menjawab salamnya.
Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

*** “Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!” Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.
 “Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?” Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.
 “Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?”
Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap ‘hangat’ pada malam ini.
“Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai’ah? Bezanya, bai’ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!”
 “Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?”
 “Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu.”
“Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz.” Dia menamatkan ‘soalannya’ lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.

***“Kau kenal dia Abdullah?” Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
 “Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan.Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!” Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan berjalan kaki.
“Jawab soalan aku dulu..”
 “Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…” Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.
 “Jawab soalan aku dulu..” Aku memohon untuk kali kedua.
“Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan ‘kalah’ dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!”
“Jawab soalan aku dulu..” Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
 “Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… “
 “Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan.”
“Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka..” Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.
 ‘Lagi.. negatifnya?”
 “Negatifnya.. banyak..” Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung, “Negatifnya..pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu.”
 “Apa dia..? Negatifkah.”
 “Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi.”
 “Gerakan militankah?”
 “Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat ‘hazar’ yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!”
 “Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?”
“Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hubungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!”
“Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?” Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.
 “Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai’ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!”

***Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku? “Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?”
 “Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?”
 “Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya.” Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
“Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya’ ana sudah mempunyai ‘ikatan’ di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti.” Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.
 “Ustaz tidak main-mainkan ana?”
 “Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain.”
 “Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..” Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi ‘perisik’ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.

***Sudah lima bulan aku di bumi ambiya’, suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya’ ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya.. “Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..” dan dia akan terus menyambung, “Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..” Dan biasanya aku akan ‘cemburu’ dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cyber CafĂ© yang menjadi rumah ‘kedua’ku. Ku buka laman web Utusan o­nline, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, “SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV’ Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : “you have 1 unread message’ namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan. “Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. ‘Dia’ yang kau amanahkan padaku untuk ‘tengok-tengok’ telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah ‘dia’, tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!” Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas, “Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!” Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!
 - TAMAT –


Inilah cinta kita...cinta mereka yang inginkan cinta Allah..cinta yang tida taranya..cinta yang mengatasi segala apa di dunia..cinta syahid yang membara..cinta bertemu di syurgaNya...inikah cinta kita?...tepuk selera tanya iman di dada..

Hasil karya: ahmadfadhli oleh : ahmadfadhli, 1 Oktober 2002)