kasihku.....
ku semai cinta dalam zikir rindu,
bersemi ia dalam mihrab cintaku,
ku hijab kasih dengan aqidah yang satu,
agar tak tercemar oleh debu...
kasihku......
biarpun cinta ini menagih pengorbanan,
akan ku rela menanggung penderitaan,
akan ku hadapi dengan hamparan iman,
agar terbalas janji tuhan...
jangan di gusar sayang,
selagi kasih itu suci,
tak mungkin hilang keikhlasan hati,
cinta allah itu pasti,
cinta kita itu akan di redhai,
selagi cinta ini tak mengundang benci ilahi,
tiada dosa yang mencemar hati,
ku pasti ia sejati,
ku akan jaga ia dalam balutan sutera taqwa,
lantaran cinta yang penuh dugaan,
agar diri tak lemah dalam godaan,
kerana sayang aku bertahan..
setelah cinta ini ku gapai sebenar-benarnya..
kan ku bawamu ke syurga kebahagian,
terbinanya istana keindahan,
dalamnya terisi dengan rahmat kasih sayang,
bersalut warna keikhlasan,
bumbungnya taqwa yang melindungi,
tiangnya iman yang gagah berdiri,
dindingnya kesetiaan abadi,
tangganya adalah rindu yang panjang tiada henti,
meski seribu langkah kau daki,
kau tak kan temui penghujung rindu ini....
kerana cinta ini...
telah ku semat ia
dalam wadah kasih yang.. hakiki....