Monday, 3 October 2011

Adab Menguap


1. Menahan menguap sekadar termampu:*
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., 
daripada Nabi Muhammad s. a. w.,
bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: 
Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, 
dan membenci orang yang menguap. 
Maka apabila seseorang kamu bersin, 
lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah',
maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya 
pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. 
Maka apabila seseorang kamu menguap, 
hendaklah dia menahannya sekadar termampu. 
Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap,
syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut 
untuk menahan menguap:* Diriwayatkan
oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya :
Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: 
Apabila seseorang kamu menguap,
hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, 
kerana sesungguhnya syaitan itu 
akan masuk (melalui mulut yang terbuka).
Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat
meletakkan tangan di mulut ketika menguap, 
sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:*
Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi
daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: 
 Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, 
dan membenci orang-orang yang menguap. 
Maka apabila seseorang kamu menguap, 
jangan sampai berbunyi haaa haaa,
kerana yang demikian itu 
daripada syaitan yang mentertawakanmu.

Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula 
daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: 
Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: 
 Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci 
mengangkat suara ketika menguap dan bersin. 
Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu 
dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, 
bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali,
niscaya akan hilang perasaan hendak menguap 
itu dengan izin Allah.
                                               

No comments:

Post a Comment