Monday 27 February 2012

Di Penantian Muara Cinta


Ya Allah..
Kepada siapakah kasih ini kan berlabuh..
Kepada siapakah dapat ku 
berpaut mencari kekuatan Untuk meneruskan pelayaran penuh berliku..


Ya Allah..
Aku percaya pada takdirMu..
Aku percaya pada ketetapanMu..
Kau telah ciptakan manusia berpasang-pasangan..
Hati ini tertanya..siapakah dia ya Allah..
Namun ku yakin..namanya bersama namaku
terpahat kukuh di loh mahfuz..

Ya Ilahi..
Ku bermohon padaMu..
Hadirkan dia dalam hidupku..
Hadirkan aku seseorang yang benar-benar
Mencintaiku selapas Allah, Rasul dan Ibubapanya..
Hadirkan aku seseorang yang benar-benar beriman pada jalanMu..
Dan hadirkan seseorang yang dapat melengkapkanku
Menerima buruk baiknya diriku...
Ya Allah..
Andai masanya belum tiba..
Jagalah hatiku..jagalah hatinya agar hati-hati ini
Jauh dari godaan nafsu dunia..
Jagalah hati kami agar cinta dan sayang kami
Tercurah ketempat yang sepatutnya..
Ke tempat yang halal untuk kami cintai dan kasihi..
Dan jadikan kecintaan kami yang utama
Hanya kepadaMu dan RasulMu..


Ya Allah...
Semoga masa yang tersisa dalam penantian..
Dapat kami jadikan ruang waktu untuk mempersiapkan diri..
Mengukuh keimanan..agar pelayaran kami nanti
Selamat menuju destinasi....syurga idaman....
Aminn ya Rahman...aminn ya Rahim...
Aminn ya Rabbal a’laminn..


Wednesday 22 February 2012

Mencari dan Terus Mencari ILMU



Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembaca.
 Kali ini saya ingin berkongsi beberapa tips atau rahsia pelajar cemerlang yang 
saya ambil dari beberapa buku yang saya baca. Sama-sama kita berkongsi manfaat.


13 Rahsia pelajar cemerlang

1.    Mendekatkan diri dengan Allah
2.    Mempunyai matlamat dan sasaran
3.    Percaya dan yakin boleh
4.    Tumpuan dalam kelas
5.    Perancangan
6.    Mempunyai strategi belajar
7.    Menjaga masa
8.    Menjaga pergaulan
9.    Pemantauan
10. Hubungan baik dengan guru/ lecturer
11. Konsisten/ istiqamah
12. Berdisiplin
13. Sanggup berkorban


10 sikap positif pelajar terhadap masa

1.    Mencatat tugasan harian dan mingguan didalam buku catitan untuk rujukan dan semakan.
2.    Menyiapkan tugasan secepat mungkin.
3.    Tidak tidur dan bangun lewat pada hari cuti.
4.    Mengisi masa lapang dengan berbincang kawan/ keluarga berkaitan hal-hal pelajaran.
5.    Sentiasa mematuhi jadual harian.
6.    Memperuntukkan masa yang cukup untuk membuat tugasan dan mengulangkaji pelajaran.
7.    Merancang semua aktiviti harian secara sistematik.
8.    Meluangkan masa membantu ibubapa serta adik-beradik.
9.    Meluangkan sedikit masa untuk sukan dan riadah.
10. Memperuntukkan masa untuk bersolat/ berdoa/ dan membaca al-Quran.

Rujukan: pengurusan masa pelajar, Dr. Hanafi Ismail.

Sunday 19 February 2012

Doa dan Pengharapanku Pada Cinta ini



Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah..
Dalam sujud rinduku,
Dalam tahajjud cintaku,
Ku berdoa untuk jodohnya denganku,
Dalam setiap doaku ada harapan,
Ada impian dan keinginanku,
Masih sama seperti selalu,
Harapanku masih jitu,
Impianku masih seperti dulu,
Keinginanku tetap satu...

Ya Allah....
Pada pengharapan cinta ini,
Hajatku pada cintaku dengannya
Kan bersatu dalam ijab qabul yang suci,
Rindu bersemi dalam akad dan janji,
Jadikan ini ibadah yang Kau redhai..




Ya Allah...
Hati ini dan hati itu sangat Kau fahami,
Kehendak hatiku dan hatinya sangat Kau mengerti,
Kabulkanlah ya Allah doa ini,
Semoga hasratku dan harapannya menjadi pasti..
Aminn ya Allah..