Wednesday 4 April 2012

PHILO SOPHI CINTA




 Aku ingin mencintaimu dengan SEDERHANA seperti kata-kata yang tak sempat diucap oleh kayu api yang menjadi abu kerananya.

 Aku ingin mencintaimu dengan SEDERHANA seperti isyarat yang tak sempat awan berikan kepada hujan yang menjadikan ia tiada.

 Aku ingin mencintaimu dengan SEDERHANA seperti embun yang tak sempat mengucapkan pada pagi lalu menitis hilang ke daun keladi.

p/s: entry ini buat siapa yang mengerti..seni..halus tapi bukan makhluk halus.

VIRUS TEKA-TEKI CINTA


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sayang kepada semua tetamu blog saya yang macam cantik ni. Terkesan dengan forum yang bertajuk teka-teki cinta anjuran kelab nasyid UUM yang disampaikan oleh DR. AHMAD BASHIR AZIZ semalam, maka disini ingin saya berkongsi sedikit ilmu yang saya kaut menerusi forum tersebut.

HAKIKAT MAHABBAH

1.      Cinta Allah
2.    Cinta Rasulullah s.a.w
3.    Cinta diri
4.    Cinta ibu bapa
5.    Cinta masyarakat
  
NASIHAT CINTA
1.    Janganlah kau biarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan “si dia”.
2.    Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja, kelak mungkin “si dia” bukan jodoh untukmu.
3.    Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik “si dia”.
4.    Jika engkau mencintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-NYA.
5.    Kebahagian yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijab kabulkan.
6.    Jikalau engkau ingin pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi terbaik dahulu.
7.    Bina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8.    Bercintalah untuk mencapai cinta-NYA.
9.    Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu menguasai dirimu kerana cinta.

:: JIKA DI TIMPA KESEDIHAN DAN PENDERITAAN AKIBAT CINTA..INI DOANYA... “Ya Allah gantikanlah penderitaan ini dengan kebahagian dan gantikan penderitaan ini dengan sesuatu yang lebih baik..aminn ya rabbal a’lamin”...