Saturday 31 December 2011

Input Teori Dan Falsafah Takaful


     Assalamualaikum dan salam muhasabah, salam sayang kepada semua pembaca.

     Dalam membincangkan hal- hal berkaitan kekeliruan antara takaful dan insurans, kita mesti mengenalpasti perbezaan yang ketara berlaku di dalam operasi sama ada ia berlandaskan syariah atau tidak.

      Di semester yang lepas saya telah mengambil satu subjek BPMS3023 Teori dan falsafah takaful yang dilecture oleh ustaz naim. Dan Alhamdulillah ia memberi input yang berguna kepada saya dalam membezakan takaful dan insurans konvensional. Dalam masyarakat kita, ramai menganggap bahawa insurans adalah sama dengan takaful. Hasil pembelajaran di semester lepas, maka dapatlah saya membuat satu huraian dan penjelasan tentang salah faham yang berlaku mengenai insurans.

Salah faham mengenai insurans.

      Ramai di kalangan masyarakat kita yang mempunyai pemahaman yang salah mengenai insurans, mereka menganggap insurans dan takaful adalah sama.

     Life insurans ialah suatu kontrak perniagaan daripada jenis kontrak pertukaran kewangan, ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang telah di persetujui di dalam kontrak bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ianya juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum. Para ulama’ bersepakat mengatakan bahawa akad insurans nyawa atau musibah merupakan akad yang fasid dan ianya adalah diharamkan. Di dalam persidangan Fatwa kali ke-16 yang bertarikh 15-16 ferbruari 1979 yang telah memutuskan bahawa insurans nyawa (life insurance) adalah haram kerana mengandungi tiga unsur iaitu riba, gharar (ketidakpastian) dan juga maisir (perjudian).

     Insurans menjalankan konsep jual beli. Di dalam islam, sesuatu perkara yang melibatkan muamalah jual beli ianya harus mengikut rukun jual beli tersebut, iaitu penjual dan pembeli, barang, sighah ijab dan Kabul. Hukum jual beli adalah halal dalam islam jika sempurna rukun-rukunnya, dan tiap-tiap rukun itu sempurna syaratnya. Namun, barang atau subject matter dalam life insurans adalah tidak wujud. Ini kerana di dalam kontrak akad insurans hanya mengandungi jaminan, manfaat kematian, syarat-syarat kontrak dan terma kontrak sahaja. Jelaslah disini, wujudnya unsur gharar atau ketidakpastian terhadap barang di dalam akad ini. Segala urusan jual beli insurans tidak dapat dipenuhi mengikut hukum yang ditetapkan syarak dan ianya adalah tidak sah.
     Ada juga di kalangan masyarakat kita yang tertanya-tanya, benarkah wujudnya riba dalam insurans?. Jawapannya ya, benar sekali. Ini kerana di dalam hal berkaitan muamalah, Nabi s.a.w telah menerangkan bahawa antara dua barang ribawi yang sama jenis, ia mestilah sama timbangannya, sama nilai dan ia mestilah diserahkan pada waktu berlakunya muamalah. Di dalam life insurans jelas menunjukkan wujudnya riba iaitu apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum yang terkena musibah. Dan bayaran itu dibayar dengan jumlah yang berbeza. Hal ini jelas bertentangan dengan dengan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: jangan kamu jual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan salah satu darinya di atas yang lain. (Al- Bukhari & Muslim). Selain itu juga, riba terjadi apabila berlakunya penangguhan bayaran antara dua barang ribawi. Di dalam insurans, penangguhan berlaku apabila pencarum terkena musibah dan pada masa itu barulah berlaku pembayaran pada jumlah tertentu.
     Kesimpulannya, life insurans adalah haram dan berbeza dengan takaful kerana ia tidak menepati tuntutan syarak serta ianya juga mengandungi unsur riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi).

No comments:

Post a Comment