Friday 21 October 2011

15 Azab Dan Seksaan Bagi Mereka Yang Meninggalkan Solat


Firman Allah s.w.t dalam surah al muddathir ayat 40-43 yang
bermaksud : “(mereka ditempatkan) di dalam syurga (yang penuh nikmat) bertanya-tanya tentang (tempat tinggal) orang yang bersalah. (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu mereka berkata), ‘apakah yang menyebabkan kamu masuk de dalam neraka (saqar)? ‘ orang-orang yang bersalah itu menjawab ‘kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan solat’”


6 Seksaan Diterima Di Dunia:
1. usianya tiada keberkatan
2. dihilangkan tanda-tanda orang soleh dari wajahnya
3. tiada pahala setiap amalan yang dikerjakan
4. doanya sia-sia kerana tidak dimakbulkan oleh Allah s.w.t
5. semua makhluk di dunia membencinya
6. tidak menerima bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh


3 Seksaan Ketika Nyawa Di Penghujung:
1. matinya adalah dalam kehinaan
2. matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar
3. matinya adalah dalam keadaan yang sangat dahaga


3 Seksaan Ketika Berada Dalam Kubur:
1. kuburnya disempitkan
2. dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan
3. ular yang dinamakan shajkul akrak akan menyeksa si mayat sehingga kiamat


3 Seksaan Di Hari Kiamat:
1. malaikat akan menyeretnya dalam keadaan hina masuk kedalam neraka
2. mendapat kemurkaan Allah s.w.t yang sangat hina
3. Allah s.w.t akan menghisabnya berat dan terus dihumbankan ke neraka.

Sumber: GenQ isu 02.

No comments:

Post a Comment