Thursday 6 October 2011

Fitrah Cinta


Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang
bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan
dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat
perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului
oleh hubungan cinta. Ada "dating", hubungan telefon
dan lain-lain.

Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas
perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza
dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu
bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila
berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah
serasi? Dan bermacam persoalan lagi.

Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap
kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu
mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya
sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang
cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan,
kononnya mencari keserasian agar cinta terus
berkekalan setelah perkahwinan.

`Cinta Sebelum Perkahwinan`

Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang
bukan sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih
besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum
kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam
keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki
khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi
iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta
manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.
Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan
terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan
neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui
amalan seperti doa dan sebagainya.

Antara doa yang patut diamalkan : " Ya Allah,
Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta
kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang
boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap
Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air
yang sejuk"

Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta
yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau
menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan
Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia
mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada
Allah.

Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan
apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau
cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di
dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau
cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta
itu didorong oleh nafsu. Dalam keadaan yang sedemikian
kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi.
Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : " Ya
Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini
betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia
akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia
isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah,
elakkanlah"

"if you love someone" mintalah kepada Allah yang
mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai
itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk
menjadikan makhlukNya suka atau tidak. Silap
kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada
empunya diri.

Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang
diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin
apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara
mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat
selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur,
kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata
suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal
kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang
betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan
dendam dan bersalah. Jadi eloklah dijagai perhubungan kita.
Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta.
Atau dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama"
yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu
minda dan imaginasi

`Cinta Selepas Perkahwinan`

Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul.
Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat
tradisi perkahwinan Rasulullah s. a. w dan para
sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita
mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam
satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang
berkahwin atas pilihan ibubapa dan
perkahwinan itu ternyata berjaya.

Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka
berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad
s. a. w melalui sabdanya : " Dikahwini wanita itu atas
empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama.
Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat
kebajikan". (mafhum hadis)

Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat ketika itu
juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi.
Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match
maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah
dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta
sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.

Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang
boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk
dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui.
Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri
atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan,
peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini
semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang
tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau
teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah
seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan
maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara
percintaan.

Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih
panjang malah akan terus berkekalan sepanjang
perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan
cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta.
Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri
sama-sama cintakan Ilahi.


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w bersabda :
Menengoklah kepada orang yang lebih rendah darimu, dan
janganlah menengok orang yang lebih tinggi . Itulah
tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian
Allah kepadamu

Nabi s.a.w bersabda : Allah Taala sangat gembira
menerima taubat seseorang kamu, melebihi kegembiraan
seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang

No comments:

Post a Comment