Monday 3 October 2011

Kesucian Cinta


jangan sesekali kau memetik bintang cinta
 dari langit kegelapan..lalu kau sematkan ia
dalam hatimu yang majhul hakikat,
kerana ia akan membawamu
ke lubang zulmat..
jangan sesekali kau menyeru
kata rindu tanpa kefahaman
dan melagukan mantera kasih
tanpa tujuan,
kerana ia akan menjadi
taufan yang meruntuhkan
tugu keperibadianmu
yang sedia berdiri
diatas tapak pekertimu...
cinta itu seperti
titisan jernih air hujan
yang perlu di tadah
dalam bekas suci,
di tatap atas piring agama
hingga memahamkan dirimu
hakikat tuhan...
ia perlu di fahami
dan di selami
dengan satu erti seertinya..
jika engkau benar-benar ingin bahagia,
 intailah cinta yang tersembunyi
di dalam kamar al-khalifah..
jika bisa..kau sebut ia
dengan kekuatanmu..
capailah semahunya..
biar resah yang kau tanggung,
pilu yang kau usung,
pedih yang menghurung,
akan sirna dari lubuk kalbumu..
lalu kau peroleh damai abadi
dalam wadah kebenaran...


No comments:

Post a Comment